Program Smart Start Romantika Cinta Siri 1

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terus komited memperkukuh institusi keluarga Islam menerusi penganjuran Program Smart Start Romantika Cinta Siri 1 yang menghimpunkan 60 pasangan suami isteri di Pusat Keluarga LPPKN Bertam.
 
Program ini merupakan kolaborasi strategik antara LPPKN Negeri Pulau Pinang, JHEAIPP dan MAINPP melalui Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Wanita dan Pembangunan Keluarga (JKKWPK).
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Abd Aziz Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP merangkap Pengerusi JKKWPK.
 
Inisiatif ini mendukung Teras Ketiga Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2030 (API2030) dalam usaha melahirkan keluarga Islam yang sakinah, mawaddah dan rahmah.
1 2
3 6
4 5