Majlis Penyerahan Zakat Korporat daripada PLUS Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Takaful Malaysia

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah menyempurnakan penyaksian Majlis Penyerahan Zakat Korporat daripada PLUS Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Takaful Malaysia yang berlangsung di Anjung Seri Mutiara.
 
Dalam majlis tersebut, zakat perniagaan berjumlah RM5,593,000.00 telah diserahkan kepada Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Abdul Aziz bin Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi mewakili institusi zakat negeri.
 
MAINPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PLUS Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Takaful Malaysia atas komitmen berterusan dalam menunaikan kewajipan zakat perniagaan. Semoga setiap sumbangan yang disalurkan menjadi asbab keberkatan kepada para penyumbang, memberi manfaat yang berpanjangan kepada golongan asnaf serta terus memperkukuh pembangunan ekonomi Islam dan kesejahteraan ummah di negeri Pulau Pinang.
 
3 1
2 6
11 12