Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Perkukuh Jaringan Kerjasama Strategik Bersama INTAN

YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengetuai kunjungan hormat ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan kompetensi, latihan dan pembangunan modal insan.

Kunjungan tersebut turut menjadi platform perbincangan bagi meneroka potensi kerjasama antara INTAN dan Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP), khususnya dalam memperkasa pembangunan bakat serta meningkatkan kompetensi warga kerja.

Kerjasama strategik ini diharap dapat menyokong usaha MAINPP dalam membangunkan sumber manusia yang berkemahiran, kompeten dan berdaya saing, sekali gus memperkukuh kualiti serta kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

1 2
3 4
5 6