Bengkel Latihan Semula SPB MAINPP Dan Aplikasi Penang Smart Kariah

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) MAINPP telah menganjurkan Bengkel Latihan Semula (Re-Training) Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) MAINPP dan Aplikasi Penang Smart Kariah (PSK) bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).

Bengkel ini melibatkan wakil-wakil kariah dan masjid - masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang sebagai usaha memperkukuh kefahaman serta kemahiran dalam penggunaan SPB MAINPP dan Aplikasi PSK bagi menyokong pengurusan kariah yang lebih tersusun dan berkesan.

Penganjuran bengkel ini merupakan antara inisiatif BTM MAINPP dalam memperkasa transformasi digital pengurusan kariah, selaras dengan usaha meningkatkan kecekapan, sistematik serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan bengkel ini.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkukuh pengurusan kariah serta menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan responsif kepada masyarakat.

1 2
3 4