Kerjasama Erat MAINPP Bersama Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Jabatan Perdana Menteri

Pada 16 Disember 2025, Kerjasama Erat MAINPP Bersama Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Terus Diperkukuh
 
Usai mempengerusikan Mesyuarat MAINPP Bil 12 2025, saya dikunjungi Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Jabatan Perdana Menteri bagi memeterai Nota Kerjasama dan Tatacara Kendalian Piawaian Skim Bantuan Guaman antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Bantuan Guaman Malaysia.
 
Usaha berterusan Jabatan Bantuan Guaman dalam menyediakan khidmat nasihat guaman, perkhidmatan litigasi serta bantuan guaman syariah, termasuk penganjuran klinik-klinik guaman, amat signifikan dalam membantu golongan asnaf fakir dan miskin mendapatkan pembelaan hak mereka di sisi undang-undang.
 
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyokong sepenuhnya hasrat Jabatan Bantuan Guaman untuk memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Pulau Pinang.
 
Justeru, Mesyuarat MAINPP Bil. 1 2025 telah meluluskan pemberian dana tahunan berjumlah RM30,000 sehingga maksimum RM100,000 bagi tujuan penambahbaikan penyampaian bantuan guaman, khususnya dalam pengendalian kes-kes syariah melibatkan golongan asnaf, menggunakan peruntukan asnaf fisabilillah.
 
Majlis menandatangani Nota Kerjasama hari ini mencerminkan komitmen antara MAINPP dan Jabatan Bantuan Guaman Malaysia dalam memikul amanah sosial serta tanggungjawab kemasyarakatan.
 
Pengukuhan kerjasama melalui persefahaman ini diharap dapat membantu lebih ramai golongan asnaf mendapatkan akses kepada keadilan syariah, mengurangkan beban kewangan mereka, serta meningkatkan kualiti pembelaan dan representasi di Mahkamah Syariah.
 
Pasukan Jabatan Bantuan Guaman diketuai Dato' Norazmi Mohd Narawi.
 
1 2
3 4
5 6